Baru baru ini saya dan 5 rakan telah pergi ke Pulau Undan yang terletak di belakang Pulau Besar ,Melaka untuk memancing. Masing-masing membawa harapan yang tinggi semasa dalam perjalan ke pulau. Kami bertolak dari Pantai Siring ke Pulau Undan pada pukul 4.15pm dengan dua buah bot nelayan tempatan yang telah di tempah lebih awal.
Sebelum ke sana kami telah mengadakan perbincangan untuk pembahagian tugas peralatan yang akan dibawa dari alat-alat memancing sehingga keperluan mengisi perut untuk 6 orang bagi tempoh 2 hari 1 malam di pulau.
Permulaan dari Jeti Pantai Siring, Melaka
Ceria dan penuh harapan..
Setiba di Jeti kami singgah seketika untuk menunggu rakan dan tuan bot yang akan membawa sambil minum kopi di gerai yang terletak di tepi Jeti Pantai Siring.
Perjalanan kami mengambil masa 30 minit sahaja dari jeti. Tak sempat mabok pun...
Saya dan 3 rakan lain menaiki bot yang lebih besar dan 2 yang lain menaiki bot lain dan lebih kecil.
Biasa le... bot besar kena bawa barang lebih sikit... jadi kerja memunggah barang penat la sikit.. Tapi tak apa memancing punya hal rasa letih pun hilang.
Dari atas bot lagi kami telah nampak pulau dan dipuncaknya terdapat menara rumah api Jabatan Laut yang sedang melambai-lambai kami.
Di hati kami semakin tidak sabar nak menjejak kaki buat kali pertama di pulau ini apatah lagi duntuk menguji nasib dan cabaraan disana. semakin lama semakin hampil ke pulau. Wajahnya yang kabur kini semakin jelas. Apatah lagi apa bila bot mula membeliuk ke bahagian belakang pulau. Rupa- rupa terdapat jeti...!!!. "Wah ini dah bagus" bisik hati dalam ku..
Untuk makluman rumah api ini dibina pada tahun 1880 dengan kos £ 20,000 ketika itu dan jika di tukar dalam RM lebih kurang RM 100,00 (tahun 1880)
Puncak rumah api Pulau Undan dan Jeti Jab. Laut
Ku lihat di hujun jati tu sudah ada 5 pemancing yang sedang asyik melayan joran masing-masing manakala kami menuju ke pantai untuk memunggah barang dari bot ke pantai.
Setelah siap memungah kami sempat meninjau sekeliling kawasan berkenaan sambil mencari-cari tempat untuk mendirikan kemah dan keperluan memasak.
Dalam masa 10 minit kemudian bot yang sebuah lagi pun tiba. kemudian aku juga melihat 3 orang bangsa bangladesh sedang memasang injin untuk mengepam air laut dari celah celah batu besar di bahagian belakang berdekatan dengan tangga yang menuju ke Rumah Api.
Tangga menuju ke Rumah Api.
Jeti Pulau Undan
Rakan ku Azman ke hulu ke hilir mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan solat Asar dan akhirnya jumpa dan agak jauh dari kemah yang kami hendak dirikan.
Manakala aku dan rakan lain menuju ke sebuah pokok ketapang yang dibawahnya tercongok seseorang sambil memegang walky-talky memerhati gelagat kami. Rakan aku terus menghulukan rokok sambil memohon kebenaran untuk memancing dan bermalam di pulau ini.
"Sebenarnya atas jati tu tak dibenarkan memancing" kata beliau kepada kami...
"insyak allah encik kami akan jaga kawasan jati dan tidak akan menggangu apa yang ada di atas jeti tu" pengakuan rakan ku.
Setelah berbicara dengan penjaga pulau kami mula kembali ke kemah dan membuat persiapan untuk solat.
Nasarudin dan En. Kaus melawat kawasan
Resepi malam ini ialah Kopi O dan mee segera... dan bagi yang tak makan mee segera roti jadi habuan disamping kacang goreng untuk dikunyah.
Ini kemah untuk berteduh dan kawsan memasak kaki pancing.
Wah... selera sekali walaupun cuma mee segera...
Aku menikmati hidangan Mee segera... Muuuuu... sedap
Selepas makam malam kami mendirkan solat Magrib dan ada yang membuat sembayang jamak sebabnya En Kaus datang dari KL dan jaraknya dah membolehkan beliau mendirikan solat jamak.
Sambil diterangi lampu down light dari bateri kereta yang dibekalkan oleh tuan bot kepada kami dan cahaya api lampu kabait serta umbun api, kerja memasang pancing dimulakan.
Pak Din dan yang lain sedang membuat persiapan dalam suasana hujan
Nasarudin sebuk dengan persiapan
Ditemani lampu kabait dan Down Light bateri
Setelah semua siap kami mula memilih tapak untuk memulakan pancingan.... Aku, Pak Din dan anak En. Kaus memilih untuk bertapak di bahagian pantai sahaja yang berdekatan dengan kemah. Manakala rakan aku 3 yang lain sudah menuju ke hujung jati.
Apa yang disarankan oleh penjaga pulau untuk memancing ikan kerapu adalah di sebelah kiri hujung pulau kecil tu. Tetapi di sana banyak batu karang yang jarak dari pantai hingga 1 km.
Hajat dihati ingin aku mencuba nasib disana dengan menggunakan taknik pelampung tapi memendangkan suasana gelab dan tiada rakan jadi aku membatalkan hajat untuk ke sana.
Sambil melayan batang pancing aku mula menghidupkan api dapur gas yang aku bawa untuk memanskan air. Setelah masak maka kopi o dan kacang goreng jadi habuan.. Wuuuooooo... best betul minum kopi dengan kacang disamping angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dengan nyanyian ombak pantai.
Pulau kecil dipercayai ada banyak Ikan Kerapu
Setelah sejam kami bertiga memancing masih belum berhasil jadi kami ambil keputusan untuk mengubah tempat memancing iaitu di atas jati pula.
Sebelum ke jeti aku singah sekejab ke kemah untuk mengambil lampu. Setiba di kemah rupa-rupanya En. Kaus baik punya tidur dalam sebuah sampan yang tesadai sebelah kemah kami. Aku sangkakan dia berada di jeti memancing. Muking dia boring memancing kerana ikan tak makan-makan umpan... he..he..he..
Sebenarnya En. Kaus ini bukan sebarangan orang, dialah orang kuat kami, dia pandai hal-hal orang halis. Jadi tak kesah lah kalu dia tidor di situ seorang diri.
Sebelum ke jeti aku singah sekejab ke kemah untuk mengambil lampu. Setiba di kemah rupa-rupanya En. Kaus baik punya tidur dalam sebuah sampan yang tesadai sebelah kemah kami. Aku sangkakan dia berada di jeti memancing. Muking dia boring memancing kerana ikan tak makan-makan umpan... he..he..he..
Sebenarnya En. Kaus ini bukan sebarangan orang, dialah orang kuat kami, dia pandai hal-hal orang halis. Jadi tak kesah lah kalu dia tidor di situ seorang diri.
CERITA SELANJUTNYA TUNGGU.....
wah..tahniah2.. pakai umpan apa bang?
ReplyDeletekami pakai macam-macam umpan, tapi yang paling garang adalah umpan hidup spt Udang dan Sotong yg di candat sebelah malam.
ReplyDeletesalam bang. hasil2 yg baik tu pancing bawah jeti ke baling jauh? apapun tahniah bang.
ReplyDelete